Klik

Saturday, January 8, 2011

Cara Membuat Stiker

  Beberapa hari yang lalu saya pernah berjanji untuk buat entri pasal stiker ni tapi lupa pulak.Tapi memandangkan hari ni saya free jadi saya pun nak tunjukkan caranya.

   Mula-mula sekali anda perlulah ada kertas stiker ni.Kalau tak ade macam nak buat kan..... Yang saya beli adalah seperti di sebelah.

  Dalam tu ada 10 keping.Bila kita boleh buat stiker sandiri mestilah seronok.Kita boleh lekat di mana saja yang kita suka.



 
  Kertas stiker ni kosong je tak de apa......cuma kita je yang kena bagi ada.....Alat melukis pun mesti kena ada.Tak kisah apa jenis pun,tapi buatlah ikut kreativiti kita.Kita mulakan dulu dengan membuat lakaran dulu.Di sebelah ini adalah lakaran yang saya buat.

  Buatlah apa saja bentuk lukisan tu mengikut minati kita.Selepas melakar,saya akan melukis semula dengan menggunakan pen hitam mengikut lakaran pensil yang telah saya buat.






   Dan jadilah begini.Maaflah gambar yang saya tangkap tu memang senget.Seterusnya pula,tiba masa untuk mewarnakannya.Warnakannya mengikut warna kegemaran anda.

 Dan inilah hasilnya.Jika anda berminat untuk mewarnakan disekelilingnya dengan warna hitam, gunakan lah pen dakwat hitam agar nampak seperti stiker yang dijual di kedai.

    Sampai disini saja.Selamat mencuba.Terima kasih juga kerana sudi mambaca entri ini.      

                                                                                                  Yang Benar,
                                                                                                       Misa

No comments:

Post a Comment

Komen yang anda berikan akan saya hargai...
I will be appreciate if you live your comment.....(^^)